Sabtu, 28 Mei 2016

18 nilai dalam KSSM akan melahirkan murid yang mempunyai Kemahiran Abad Ke-21 dengan memberi fokus kepada kemahiran berfikir serta kemahiran hidup dan kerjaya yang berteraskan amalan nilai murni. Kemahiran Abad Ke-21 bermatlamat untuk melahirkan murid yang mempunyai ciri-ciri yang dinyatakan dalam profil murid supaya berupaya bersaing di peringkat global. Terdapat sembilan Kemahiran Abad Ke-21 iaitu :

Berdaya Tahan 

  • Mereka mampu menghadapi dan mengatasi kesukaran, mengatasi cabaran dengankebijaksanaan, keyakinan, toleransi, dan empati.
 Mahir Berkomunikasi
  • Mereka menyuarakan dan meluahkan fikiran, idea dan maklumat dengan yakin dan kreatif secara lisan dan bertulis, menggunakan pelbagai media dan teknologi.
Pemikir 
  • Mereka berfikir secara kritikal, kreatif dan inovatif; mampu untuk menangani masalah yang kompleks dan membuat keputusan yang beretika. 
  • Mereka berfikir tentang pembelajaran dan diri mereka sebagai pelajar. 
  • Mereka menjana soalan dan bersifat terbuka kepada perspektif, nilai dan tradisi individu dan masyarakat lain. 
  • Mereka berkeyakinan dan kreatif dalam menangani bidang pembelajaran baru. 

Kerja Sepasukan 
  • Mereka boleh bekerjasama secara berkesan dan harmoni dengan orang lain. 
  • Mereka mengalas tanggungjawab bersama serta menghormati dan menghargai sumbangan setiap ahli pasukan. 
  • Mereka memperoleh kemahiran interpersonal melalui aktiviti kolaboratif, dan ini menjadikan mereka pemimpin dan ahli pasukan yang lebih baik. 

Bersifat Ingin Tahu 
  • Mereka membangunkan rasa ingin tahu semula jadi untuk meneroka strategi dan idea baru. 
  • Mereka mempelajari kemahiran yang diperlukan untuk menjalankan inkuiri dan penyelidikan, serta menunjukkan sifat berdikari dalam pembelajaran. 
  • Mereka menikmati pengalaman pembelajaran sepanjang hayat secara berterusan.

Berprinsip 
  • Mereka berintegriti dan jujur, kesamarataan, adil dan menghormati maruah individu, kumpulan dan komuniti. 
  • Mereka bertanggungjawab atas tindakan, akibat tindakan serta keputusan mereka. 

Bermaklumat 
  • Mereka mendapatkan pengetahuan dan membentuk pemahaman yang luas dan seimbang merentasi pelbagai disiplin pengetahuan. 
  • Mereka meneroka pengetahuan dengan cekap dan berkesan dalam konteks isu tempatan dan global. 
  • Mereka memahami isu-isu etika atau undang-undang berkaitan maklumat yang diperoleh. 

Penyayang atau Prihatin 

  • Mereka menunjukkan empati, belas kasihan dan rasa hormat terhadap keperluan dan perasaan orang lain. 
  • Mereka komited untuk berkhidmat kepada masyarakat dan memastikan kelestarian alam sekitar. 

Patriotik
  • Mereka mempamerkan kasih sayang, sokongan dan rasa hormat terhadap negara.

Penguasaan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran dalam kurikulum Pendidikan Moral boleh menyumbang kepada pemerolehan Kemahiran Abad Ke-21 dalam kalangan murid.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan