Sabtu, 28 Mei 2016

ini adalah link download KSSM

http://www.moe.gov.my/my/KSSM
18 nilai dalam KSSM akan melahirkan murid yang mempunyai Kemahiran Abad Ke-21 dengan memberi fokus kepada kemahiran berfikir serta kemahiran hidup dan kerjaya yang berteraskan amalan nilai murni. Kemahiran Abad Ke-21 bermatlamat untuk melahirkan murid yang mempunyai ciri-ciri yang dinyatakan dalam profil murid supaya berupaya bersaing di peringkat global. Terdapat sembilan Kemahiran Abad Ke-21 iaitu :

Berdaya Tahan 

  • Mereka mampu menghadapi dan mengatasi kesukaran, mengatasi cabaran dengankebijaksanaan, keyakinan, toleransi, dan empati.
 Mahir Berkomunikasi
  • Mereka menyuarakan dan meluahkan fikiran, idea dan maklumat dengan yakin dan kreatif secara lisan dan bertulis, menggunakan pelbagai media dan teknologi.
Pemikir 
  • Mereka berfikir secara kritikal, kreatif dan inovatif; mampu untuk menangani masalah yang kompleks dan membuat keputusan yang beretika. 
  • Mereka berfikir tentang pembelajaran dan diri mereka sebagai pelajar. 
  • Mereka menjana soalan dan bersifat terbuka kepada perspektif, nilai dan tradisi individu dan masyarakat lain. 
  • Mereka berkeyakinan dan kreatif dalam menangani bidang pembelajaran baru. 

Kerja Sepasukan 
  • Mereka boleh bekerjasama secara berkesan dan harmoni dengan orang lain. 
  • Mereka mengalas tanggungjawab bersama serta menghormati dan menghargai sumbangan setiap ahli pasukan. 
  • Mereka memperoleh kemahiran interpersonal melalui aktiviti kolaboratif, dan ini menjadikan mereka pemimpin dan ahli pasukan yang lebih baik. 

Bersifat Ingin Tahu 
  • Mereka membangunkan rasa ingin tahu semula jadi untuk meneroka strategi dan idea baru. 
  • Mereka mempelajari kemahiran yang diperlukan untuk menjalankan inkuiri dan penyelidikan, serta menunjukkan sifat berdikari dalam pembelajaran. 
  • Mereka menikmati pengalaman pembelajaran sepanjang hayat secara berterusan.

Berprinsip 
  • Mereka berintegriti dan jujur, kesamarataan, adil dan menghormati maruah individu, kumpulan dan komuniti. 
  • Mereka bertanggungjawab atas tindakan, akibat tindakan serta keputusan mereka. 

Bermaklumat 
  • Mereka mendapatkan pengetahuan dan membentuk pemahaman yang luas dan seimbang merentasi pelbagai disiplin pengetahuan. 
  • Mereka meneroka pengetahuan dengan cekap dan berkesan dalam konteks isu tempatan dan global. 
  • Mereka memahami isu-isu etika atau undang-undang berkaitan maklumat yang diperoleh. 

Penyayang atau Prihatin 

  • Mereka menunjukkan empati, belas kasihan dan rasa hormat terhadap keperluan dan perasaan orang lain. 
  • Mereka komited untuk berkhidmat kepada masyarakat dan memastikan kelestarian alam sekitar. 

Patriotik
  • Mereka mempamerkan kasih sayang, sokongan dan rasa hormat terhadap negara.

Penguasaan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran dalam kurikulum Pendidikan Moral boleh menyumbang kepada pemerolehan Kemahiran Abad Ke-21 dalam kalangan murid.
KSSM akan dilaksanakan pada tahun 2017.

terdapat 18 nilai universal yang menjadi wahana bagi menghasilkan insan yang berakhlak mulia.
Nilai universal tersebut merupakan nilai-nilai murni yang diterima oleh masyarakat Malaysia dan menepati anutan agama atau kepercayaan masyarakat Malaysia.

berikut adalah 18 nilai beserta definisi nilai dalam KSSM

Kepercayaan kepada Tuhan
Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala ajaran berlandaskan pegangan agama atau kepercayaan masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara.

Bertanggungjawab
Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna.

Berdikari
Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain.

Harga Diri
Berupaya menjaga maruah diri.

Kerajinan
Usaha yang berterusan, bersungguh-sungguh dan berdedikasi dalam melakukan sesuatu.

Berterima kasih
Perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan.

Patriotisme
Bangga dan taat setia kepada raja dan negara.

Kebebasan
Bebas melakukan sesuatu tertakluk kepada peraturan dan undang-undang.

Keberanian
Kesanggupan untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah. NILAI MAKSUD NILAI

Kejujuran
Bercakap benar, bersikap amanah dan ikhlas dalam setiap perlakuan.

Rasional
Boleh berfikir berdasarkan alasan atau bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan yang wajar.

Baik hati
Kepekaan terhadap keperluan dan kebajikan diri, dan orang lain dengan memberi bantuan serta sokongan moral secara ikhlas.

Hemah tinggi
Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia.

Hormat
Menghargai dan memuliakan seseorang serta menghormati peraturan institusi sosial.

Kasih sayang
Kepekaan dan perasaan cinta yang lahir daripada hati yang ikhlas.

Kerjasama
Melakukan sesuatu bersama-sama untuk kebaikan semua.

Kesederhanaan
Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.

Toleransi
Bertolak ansur, sabar dan mengawal diri demi kesejahteraan hidup diri dan orang lain.


Jumaat, 27 Mei 2016

SENARAI NILAI MORAL


BIDANG 1 - PERKEMBANGAN DIRI

1.1 KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhan Nya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara


1.2 AMANAH

Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain


1.3 HARGA DIRI
Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupan


1.4 BERTANGGUNGJAWAB
Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna

1.5 HEMAH TINGGI
Beradap sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian

1.6 TOLERANSI
Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup


1.7 BERDIKARI
Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain

1.8 KERAJINAN
Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara

1.9 KASIH SAYANG
Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas

1.10 KEADILAN
Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah

1.11 RASIONAL
Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar


1.12 KESEDERHANAAN
Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain

BIDANG 2 - KEKELUARGAAN

2.1 KASIH SAYANG TERHADAP KELUARGA
Perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga

2.2 HORMAT DAN TAAT KEPADA ANGGOTA KELUARGA
Memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi layanan secara bersopan untuk mewujudkan keluarga yang harmoni

2.3 MENGEKALKAN TRADISI KEKELUARGAAN
Menerima, menghormati dan mengamalkan sesuatu kebiasaan, adat dan kepercayaan yang diwarisi secara turun temurun dalam keluarga

2.4 TANGGUNGJAWAB TERHADAP KELUARGA
Kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu terhadap keluarga untuk melahirkan keluarga bahagia, meningkatkan imej dan menjaga meruah keluarga

BIDANG 3 - ALAM SEKITAR

3.1 MENYAYANGI DAN MENGHARGAI ALAM SEKITAR
Kesedaran tentang perlunya memelihara dan memulihara alam sekeliling untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem

3.2 KEHARMONIAN ANTARA MANUSIA DENGAN ALAM SEKITAR
Keadaan saling memerlukan hubungan harmonis antara manusia dengan alam sekeliling supaya kualiti kehidupan manusia dan alam sekeliling terpelihara

3.3 KEMAPANAN ALAM SEKITAR
Pengekalan keseimbangan alam sekeliling sebagai tanggungjawab bersama untuk kesejahteraan hidup


3.4 PEKA TERHADAP ISU-ISU ALAM SEKITAR
Prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling dan berusaha menyelesaikannya

BIDANG 4 - PATRIOTISME

4.1 CINTA AKAN NEGARA
Perasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri


4.2 TAAT SETIA PADA RAJA DAN NEGARA
Kepatuhan dan kesetiaan yang berkekalan kepada Raja dan Negara4.3 SANGGUP BERKORBAN UNTUK NEGARA
Kerelaan melakukan atau menyerahkan sesuatu termasuk nyawa sebagai tanda kebaktian untuk negara

BIDANG 5 - HAK ASASI

5.1 MELINDUNGI HAK KANAK-KANAK
Membela, memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan mereka yang sempurna


5.2 MENGHORMATI HAK WANITAMelindungi dan mengiktiraf wanita sebagai individu yang boleh memberi sumbangan dalam pembangunan keluarga, masyarakat dan Negara

5.3 MELINDUNGI HAK PEKERJA
Menghormati, menghargai dan mengiktiraf perkhidmatan, jasa dan sumbangan golongan pekerja dalam pembangunan Negara
 
5.4 MENGHORMATI HAK GOLONGAN KURANG BERUPAYA
Memberi layanan yang bersopan kepada golonga kurang berupaya supaya tidak berasa tersisih dan mengiktiraf mereka sebagai insan ciptaan Tuhan


5.5 MELINDUNGI HAK PENGGUNA
Membela dan memelihara hak individu untuk menjadi pengguna yang berilmu, mendapat perkhidmatan serta barangan yang berkualiti dan tidak mudah dieksploitasi

BIDANG 6 - DEMOKRASI

6.1 MEMATUHI PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG
Menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira sesiapa dan di mana seseorang itu berada


6.2 KEBEBASAN BERSUARA
Kebebasan berucap dan mengeluarkan fikiran dengan batasan tertentu bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman

6.3 KEBEBASAN BERAGAMA
Kebebasan setiap individu untuk menganuti dan mengamalkan agamanya seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia

6.4 PENGLIBATAN DIRI DALAM PEMBANGUNAN NEGARA
Kebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembangunan negara dengan memetuhi peraturan, undang-undang dan Perlembagaan Malaysia


6.5 SIKAP KETERBUKAAN
Bersedia memberi dan menerima pendangan, pembaharuan dan kritikan selaras dengan kebenaran fakta dan norma masyarakat Malaysia


BIDANG 7 - KEAMANAN DAN KEHARMONIAN
 
7.1 HIDUP BERSAMA SECARA AMAN
Hidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup tanpa mengira agama, bangsa dan budaya

7.2 SALING MEMBANTU DAN BEKERJASAMA
Usaha yang baik dan membina yang dilakukan bersama pada peringkat individu, komuniti atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat


7.3 SALING MENGHORMATI ANTARA NEGARA
Menghargai dan memuliakan hubungan antara negara untuk menjamin kesejahteraan sejagat

Jumaat, 29 April 2016




Hai semua, bagi cikgu-cikgu yang ingin menggunakan satu laman sosial untuk pengajaran dan pembelajaran. Schology penyelesaianya. Schology nie macam dengan facebook lah juga tetapi lebih kepada pengajaran dan pembelajaran di rumah. Dalam schology ini kita dapat buat perbincangan, pengumuman, kuiz, perdebatan dan macam-macam lagi. Kalau nak tahu dengan lebi lanjut, bolehlah klik di bawah yer..



Ini pula pasal Kahoot!. Kahoot?Apa tu?makhluk asing ke?hehe..Bukan, kahoot merupakan aplikasi kuiz online. Kahoot ini tersangatlah unik kerana murid-murid dapat bermain kuiz dengan lebih seronok lagi. Seronok taw!!. Rugi kalau cikgu-cikgu semua tak cuba aplikasi ini. Nak tahu lebih lanjut mengenai kahoot. Tekan klik di bawah..hehehe



Lagi satu. Blandspace. Blandspace nie lebih kepada penggunaan kaedah 'Flipped Classroom'. Disini juga pelajar dapat membuat soalan kuiz, melihat video dan sebagainya. Aplikasi ini juga menarik untuk diguanakan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah mahupun di rumah. Klik di bawah sekiranya anda mahu tahu lebih lanjut mengenai Blandspace




eh2, ada satu lagi iaitu DRopbox. Mesti cikgu-cikgu tahukan apa itu dropbox?.. Bagi sapa2 yang tak tahu bolehlah klik link bawah ye.. Dropbox ni macam 'pendrive' lah fungsi dye tetapi kita dapat isi lebih banyak fail di sini.



         - Cuba lah ye, pasti dapat menarik minat pelajar anda -








Khamis, 28 April 2016

SALAM PERKENALAN

Hai cikgu-cikgu, adik-adik semua.. Jomlah, singgah kat blog kami nie. Ada macam-macam taw.. Di sini kami ingin mempromosikan blog kami. Blog kami ini merupakan blog sudut ilmu pendidikan. Nak tahu kenapa nama blog ini sudut ilmu pendidikan??(mesti tertanya-tanya kan??)..Erm, sebenarnya blog ini diberi nama sudut ilmu pendidikan kerana kat sini ada bermacam-macam subjek yang diajar disekolah antaranya PENDIDIKAN MORAL, BAHASA MELAYU, MATAMETIK, SAINS, GEOGRAFI, SEJARAH dan subjek-subjek lain lagi (bakal menyusul nanti). Ini membolehkan cikgu-cikgu dan adik-adik merujuk blog ini dan tidak perlu search blog lain dah kerana blog kami sudah ada bermacam-macam subjek.

Dalam blog ini, terdapatnya nota-nota dan juga ujian-ujian serta latihan bagi setiap subjek (akan diupdate dari masa ke semasa). Pada adik-adik yang ambil PT3, SPM dan STPM (bakal dibuat) bolehlah merujuk blog kami untuk mendapatkan nota-nota untuk dirujuk.